|
Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1
Malaysia.
SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)
Seperti yang sering diperkatakan sebelum ini,
untuk berjaya dalam Program Affiliate memerlukan
traffik yang cukup ramai ke website anda. Selain
daripada melengkapkan website anda dengan
informasi yang bernilai, SEO adalah langkah
tambahan yang perlu dilakukan untuk menjadikan
website anda 'mesra' kepada Search Engine. Ini
secara tidak langsung akan menambahkan
populariti website anda kepada pengguna Internet
dan seterusnya membawa kepada traffik yang
banyak.
Beberapa perkara penting berkaitan SEO adalah
seperti berikut:-
1)
Title Tag dan Kepentingannya.
Memang
tidak dapat dinafikan lagi 'title tag' adalah perkara yang paling utama yang
perlu dilihat dalam mengoptimumkan webpage anda di senarai Search Engine. Selain
itu, 'title tag' juga lah yang digunakan oleh Search Engine untuk menyenaraikan
webpage anda di dalam senarai keputusan carian mereka.
Apakah kod HTML untuk 'title tag'?
>Title tag
website anda disini</TITLE>
Di
mana kedudukan 'title tag'?
Kedudukan
sebetulnya adalah diantara tag dan dalam kod HTML webpage anda.
Berapakah limit huruf (characters) untuk 'title tag'?
Dinasihatkan anda hadkan hanya kepada 50-80 huruf (characters) termasuk ruang.
2)
Meta Tag dan Kepentingannya.
Ramai yg
mungkin beranggapan bahawa penggunaan meta tag yang bagus adalah satu-satunya
perkara yang paling penting dalam memastikan website anda mendapat ranking yang
bagus dalam Search Engine. Ingin kami tegaskan di sini, tanggapan ini adalah
sama sekali tidak benar!
Walaupun
penggunaan meta tag adalah sebahagian daripada keperluan, perlu diingat bahawa
ada lagi perkara-perkara lain yang perlu dilakukan untuk mengopitimumkan website
anda (bagi penyenaraian dalam Search Engine). Jika suatu masa dahulu meta tag
adalah suatu perkara yang menjadi kemestian untuk Search Engine menentukan
ranking website, sekarang tidak lagi begitu kerana dengan banyaknya kewujudan
aktiviti spamming meta tag pada hari ini. Jangan pula terkejut jika ada
sesetengah Search Engine yang popular sekarang langsung tidak melihat kepada
meta tags untuk menentukan ranking website anda!
Jika anda
ingin mengetahui lebih lanjut tentang meta tags dan penggunaanya, di bawah ini
kami jelaskan serba sedikit apa yang perlu anda tahu.
Secara
asasnya ada dua meta tags yang boleh membantu ranking website anda iaitu 'meta
keywords' dan 'meta description'.
Kod-kod
HTML nya adalah seperti berikut:
Meta
Keywords
keywords phrase 1, keyword phrase 2,
etc.">
Meta
Description
Descrition
tentang website anda disini. Keyword paling utama perlu dimasukkan dalam
description ini.">
Di
mana lokasi betul anda perlu letakkan kod-kod ini?
Lokasi
paling betul untuk meletakkan kedua-dua kod meta tags ini ialah di antara tags
dan dalam page kod HTML untuk website anda. Susunanya terpulang
kepada anda tetapi biasanya orang akan meletakkan 'meta description' dahulu,
kemudian diikuti dengan 'meta keywords'.
Berapakah limit untuk kedua-dua meta tags ini?
Untuk
'meta keywords' dinasihatkan limitnya adalah 1024 huruf termasuk ruang.
Untuk
'meta description' dinasihatkan limitnya adalah 250 huruf termasuk ruang.
Lagi
tips untuk 'meta keywords':
-
Pastikan anda hanya memasukkan keywords yang sama seperti yang telah anda
gunakan dalam 'title tag' dan 'meta description'.
-
Jangan lupakan kata ganda. Contohnya jika website anda berkaitan 'best free
ebook', pastikan 'best free ebooks' juga tersenarai dalam 'meta keywords'
anda.
-
Behati-hati dalam menyenaraikan keywords anda secara berulang. Contohnya
'best free ebook' dan 'best free ebooks' adalah dua frasa yang berbeza
tetapi frasa 'best free' telah berulang sebanyak dua kali. Walaupun
penggunaan keywords kata ganda adalah penting, tapi jangan sampai sesuatu
frasa yang sama berulang lebih dari lima kali kerana ini mungkin akan
dianggap sebagai spamming meta tags oleh Search Engine.
-
Jika
anda tahu kesalahan ejaan yang biasa orang lakukan untuk sesuatu subjek,
masukkan sekali ejaan yang salah tersebut ke dalam 'meta keywords' anda.
Lagi
tips untuk 'meta description':
-
Pastikan anda membuat penjelasan yang benar-benar tepat tentang kandungan
website anda.
-
Masukkan beberapa (3-4) keywords utama anda dalam 'meta description'.
Seeloknya keyword yang terdapat dalam 'title tag' anda.
-
Pastikan keywords utama anda digunakan di bahagian mula atau depan 'meta
description'. Ini penting bagi mengelakkan keywords utama ditinggalkan/dipotong
terutamanya jika 'meta description' anda melebihi bilangan huruf yang
dihadkan oleh sesuatu Search Engine.
|