Pendapatan tanpa sempadan

Home - Register - Login - Email
TOP 10 Affiliate | Directory | Ebook | Forum | Blog
MENU
Asas Untuk Beginner
Panduan Untuk Bermula
Kelebihan Program Affiliate
Senarai Program Affiliate
BONUS:Google Adsense
TIPS PILIHAN
Fokus Pada Kejayaan
Web Design Affiliate
Rahsia Kejayaan Affiliate
Tiga Kemestian
TOPIK PILIHAN
Domain & Hosing
Search Engine Optimization (SEO)
Autoresponder
LINK PILIHAN
affiliatejaya.blogspot.com
dollar4all.blogspot.com
tuahemas.com
ISTIMEWA
CLICKBANK - Gedung Affiliate Anda!

E-book Percuma!

"Affiliate Untuk Anda: Panduan & Rahsia Sebenar" ditulis sendiri oleh webmaster AFFILIATEJAYA.COM

ARTIKEL PILIHAN MINGGU INI

'Top Earning Affiliate Marketing Dos and Don'ts'

E-book pilihan terbaik:

James Martell's Affiliate Marketing

Apa itu AUTORESPONDER

Pesanan penting!

Capture Hidden Profits!
AWeber's automated unlimited autoresponder follow up increases sales, lowers costs, builds lasting customer relationships, and increases your profits!
FREE Test Drive!

Selamat Datang!

Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1 Malaysia.

ASAS UNTUK BEGINNER

Jika anda baru mendengar perkataan Program Affiliate ataupun sudah lama mendengarnya tetapi masih lagi tidak memahami dengan sepenuhnya apakah sebenarnya Program Affiliate, webpage ini akan menceritakannya secara asas.

APAKAH PROGRAM AFFILIATE

Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar komisyen. Mudah bukan?

Atau dengan lebih jelasnya begini.

Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara online (Internet) ataupun offline!!

BAGAIMANA MENYERTAINYA?

Sebenarnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk produk/perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini boleh disertai secara percuma. Ya!!!! Percuma!!

Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah berikut:-

1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai.

Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting, web design, search engine, direktori, seminar perniagaan, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata.....'MaCaM-mACaM Ada' !!!!

2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain).

Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh sama sekali.

Jika sudah bersetuju, daftarkan permohonan anda dengan mengisi 'form' yang disediakan oleh syarikat tersebut.

3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke website syarikat tersebut.

Perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan produk/perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai. Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di Internet atau dengan kata mudah 'Online Bookstore'. Sudah tentu Program Affiliate yang terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang ditawarkan oleh www.Amazon.com

Apabila permohonan anda diluluskan, anda biasanya diberikan 'HTML code' ataupun 'link' yang mengandungi Affiliate ID anda sendiri. Tugas anda hanyalah perlu meletakkan 'HTML code' ataupun 'link' tersebut ke dalam website anda. Jika ada orang klik dan seterusnya membuat pembelian, maka anda akan mendapat komisyen.

4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).

Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda, bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!!!

Cuma satu perkara yang perlu diingat, cara dan tempoh penerimaan komisyen perlu dinyatakan (dipilih) semasa anda mengisi borang permohonan untuk menyertai Program Affiliate.

(Penerangan langkah di atas diterangkan dengan lebih detail di dalam ebook: 'Pelita Affiliate')

PELUANG TERBAIK!

Jika anda serius ingin menjana pendapatan di Internet, panduan lengkap dari A-Z untuk semua ada di sini. Anda tak mungkin memperolehinya di tempat lain. Sudah diperakui ramai 'guru' Internet sejak bertahun dulu.Bermula sekarang, anda pasti berjaya!

Untuk berjaya,sertai mereka yang telah berjaya.

TOP 10 Affiliate | Directory | Ebook | Forum | Blog
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM Home - Register - Login - Email