|
Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1
Malaysia.
CLICKBANK
Gedung Affiliate Anda
Bagi anda
yang sudah lama terlibat dalam Program Affiliate tentu sudah tidak asing lagi
dengan Clickbank. Namun bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam Prgram
Affiliate pasti baru kali ini terjumpa perkataan ‘Clickbank’ ini. Ataupun,
mungkin ada juga yang sudah pernah melihatnya tetapi tidak tahu sangat
mengenainya.
Di sini, dan
hari ini semua persoalan anda tentang Clickbank akan terjawap
APA ITU CLICBANK?
Secara
mudahnya begini. Clickbank adalah sebuah organisasi yang menjadi pihak ketiga
yang menyediakan perkhidmatan Program Affiliate berpusat bagi pemasaran sesuatu
produk/perkhidmatan dari sesebuah syarikat atau individu yang menggunakan
perkhidmatan mereka.
Dengan
adanya perkhidmatan Clickbank, sesebuah syarikat atau individu yang ingin
meluaskan pasaran produk/perkhidmatan mereka tidak perlu lagi besusah payah
menganjurkan Program Affiliate sendiri.
Mereka hanya
perlu membayar yuran perkhidmatan yang dikenakan oleh Clickbank dan segalanya
akan diuruskan oleh Clickbank bermula daripada khidmat merekrut peserta
Affiliate, menyediakan skrip-skrip yang diperlukan, menyediakan statistik jualan
dan komisyen sehinggalah kepada urusan bayaran komisyen kepada peserta
Affiliate.
APA KELEBIHAN CLICKBANK?
Bagi
syarikat atau individu, khidmat Clickbank adalah amat berguna kerana sudah ada
pihak lain yang menguruskan Program Affiliate unutk produk/perkhidmatan mereka.
Selain itu,
Clickbank bolehlah diibaratkan seperti gedung kepada pelbagai jenis produk/perkhidmatan
yang boleh dipromosikan melalui Program Affiliate. Jika anda menjadi ahli
Clickbank, ini bermakna anda layak mempromosikan semua produk/perkhidmatan yang
tersenarai di Clickbank.
Berbanding
jika menyertai Program Affiliate yang dianjurkan oleh sesebuah syarikat/individu,
anda hanya boleh mempromosikan produk/perkhidmatan mereka sahaja.
Pendek kata,
jika anda adalah ahli kepada Clickbank bermakna anda telah menyertai Program
Affiliate untuk lebih daripada 10 000 produk/perkhidmatan yang dipasarkan di
Internet.
BAGAIMANA & SIAPA BOLEH
MENYERTAINYA
Seperti
kebanyakan Program Affiliate lain, Clickbank boleh disertai secara percuma.
Hanya isi borang permohonan yang disediakan di Clickbank untuk menjadi ahli.
Prosesnya sungguh mudah dan keahlian Clickbank dibuka pada semua yang berminat.
Sekiranya negara anda tersenarai dalam senarai Clickbank, maka secara automatik
anda layak menjadi ahli.
Adakah
Malaysia tersenarai di Clickbank? Jawapannya amat mendukacitakan kita semua.
Dahulu memanglah Malaysia tersenarai, tetapi tidak lagi sekarang. Menurut sumber
tertentu, Clickbank telah mengeluarkan Malaysia dari senarai mereka kerana
terdapat banyak penyelewengan yang telah dikesan dilakukan oleh ahli dari
Malaysia. Jadi, jangan salahkan Clickbank kerana tidak menyenaraikan Malaysia
dalam senarai mereka!
Walaupun
begitu, sebagai rakyat Malaysia anda masih boleh menjadi ahli Clickbank secara
sah iaitu dengan menggunakan alamat luar dari Malaysia semasa mendaftar keahlian
di Clickbank.
Sama ada
menggunakan alamat rakan, saudara ataupun kenalan anda yang berada di negara
lain yang tersenarai di Clickbank, semuanya terpulanglah kepada anda. Apa yang
penting adalah pastikan cek atau wang komisyen dari Clickbank dapat dipindahkan
kepada anda dengan selamat.
BAGAIMANA UNTUK BUAT PROMOSI?
Seperti
Program Affiliate yang lain, setelah anda diterima menjadi ahli Clickbank, anda
akan diberikan satu ID sebagai pengenalan. Setiap jualan yang dilakukan oleh
anda akan dikesan melalui ID tersebut bagi memastikan komisyen dapat dibayar
kepada pihak yang betul.
Promosi
boleh dilakukan dengan pelbagai cara sebagaimana anda melakukan promosi untuk
Program Affiliate yang lain. Setelah memilih produk/perkhidmatan yang ingin anda
promosikan, anda akan diberikan ‘link kod’ yang mengandungi ID anda dan juga ID
syarikat/individu tuan punya produk/perkhidmatan tersebut.
Seterusnya
anda bolehlah mula meletakkan kod tersebut sama ada di dalam website, email,
ebook, newsletter atau apa sahaja kaedah promosi yang sesuai bagi anda. Jika
jualan terhasil, maka anda akan mendapat komisyen. Jumlah komisyen terkumpul
yang berjaya anda perolehi boleh disemak pada bila-bila masa di website
Clickbank.
OK, sekarang
mari kita sambung bagaimana untuk memilih produk/perkhidmatan yang melambak di
Clickbank untuk promosi.
Ada 5 cara untuk memilih produk/perkhidmatan:
1) Ikut market favourite anda. Contoh: buat duit, adsense, kesihatan, main golf,
etc.
2) Ikut peratus komisyen. Ada yg tawarkan sehingga 50% ke 75% komisyen.
3) Ikut popularity. Jika produk tersebut popular maka ia satu petanda produk/perkhidmatan
tersebut mudah dijual dan mendapat sambutan hangat.
4) Ikut performance. Berbeza dengan no (3), kaedah ini lebih melihat performance
pendapatan Affiliate daripada jualan VS refund history.
5) Menjual produk baru sahaja. Ambil peluang daripada persaingan yang masih
kecil berbanding Affiliate lain.
Masih tidak jelas? Jangan risau…
Berikut adalah step bergambar berdasarkan 5 cara di atas untuk memudahkan
penyampaian:
Mula2 sekali pergi ke URL:
(http://www.clickbank.com)
Lepas tu klik menu "Promote Products"

(1) Cara ni mudah, anda boleh melakukan carian mengikut katakunci atau
klik untuk explore senarai produk mengikut kategori dan sub-kategori

Gambar
X
Rujuk Gambar X di atas:
- Masukkan katakunci di (A) ikut market anda
- Pilih Kategori atau "All" untuk cari di semua kategori (B)
- Klik butang (C) untuk mendapatkan senarai carian
- Atau klik
pada senarai kategori yang anda inginkan (D)
(2) Apabila anda melihat senarai produk, perhatikan bracket di sebelah
kanan Nama/Tajuk Produk. Itu adalah angka yang mewakili jumlah komisyen dalam
bentuk peratus. (Rujuk C pada Gambar XX di bawah)

Gambar
XX
(3) Susun senaraian produk ikut popularity: Pilih "Popularity" di (A) dan
klik butang (B). Rujuk Gambar XX di atas.
(4) Terdapat pelbagai indikator performance produk. Rujuk bahagian (D)
pada Gambar XX di atas:
(4a) $Earned/Sale
Indikator ini menunjukkan jumlah bersih yang Affiliate pernah dapat daripada
jualan yang pernah dibuat untuk produk tersebut. Jumlah ini penting kerana kita
dapat melihat "kualiti" sebenar produk tersebut. Mari saya bagi contoh:
Katakan Produk A berharga $100.
Kos Clickbank, 7.5% + $1 = $8.50
Maka, Harga Jualan Bersih Produk A = $100 - $8.50 (Kos Clickbank) = $91.50
Komisyen Affiliate sebanyak 50% = 50% x $91.50 = $45.75
Setiap jualan, Affiliate akan dapat $45.75 komisyen bersih.
Jika indikator $Earned/Sale adalah $20, maka ia menunjukkan hampir 56% daripada
jualan telah direfund oleh pembeli. Ini bermakna jika anda menjual Produk A,
secara kasarnya anda akan untung 44% daripada 50% komisen Produk A. Selebihnya
adalah refund!
(4b) %Earned/Sale
Purata komisyen mengikut masa. Berubah, jika Penjual Produk pernah menukar
peratus komisyen. Contoh, bulan Januari komisyen 30%, lepas tu bulan Jun 50%,
maka purata komisen adalah 40%.
(4c) %Referred
Peratus Jumlah jualan yang di rujuk oleh Affiliate. Adakalanya, jualan boleh
berlaku tanpa dirujuk Affiliate. Contoh, jika Penjual Produk menjual sendiri
25%, maka bahagian Affiliate yang menjual hanya 75%.
(4d) Gravity
Nilai pemberat yang mewakili jumlah jualan yang pernah berlaku dalam masa 8
minggu lepas. Nilai antara 0.1 hingga 1. Semakin terkini waktu jualan yang
berlaku maka makin besar nilai. Contoh, jika terdapat 100 jualan pada 8 minggu
lepas, maka nilai pemberat adalah 100 x 0.1 = 10. Jika terdapat 25 jualan pada
hari ini maka 25 x 1 = 25.
(5) Kaedah termudah untuk melihat senarai produk terbaru, adalah dengan
melawati portal 3rd-party. KLIK DI SINI!

Tanpa perlu mendaftar pun, anda dapat melihat beberapa senarai produk terbaru.
Kemudian, lakukan carian terperinci di Clickbank.
|