|
Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1
Malaysia.
Fokus = Kejayaan
Antara
soalan yang amat biasa kita dengar apabila bercakap tentang Program Affiliate
ialah: "Adakah perlu menyertai sebanyak mungkin Program Affiliate yang ada?"
Dengan
munculnya beribu-ribu Program Affiliate di Internet pada hari ini, tidak
mustahil lah mengapa persoalan di atas cukup popular pada masa sekarang. Tetapi,
bagaimanakah anda sepatutnya membuat keputusan.
Secara
logiknya ada dua pendekatan yang mudah kepada persoalan tersebut:-
Pertama
Sertai
pelbagai Program Affiliate dan lakukan promosi dengan harapan tentu ada
diantaranya yang akan 'mengena'. Teori ini berdasarkan prinsip kebarangkalian
iaitu lebih banyak produk yang anda tawarkan, maka lebih tinggi kebarangkalian
untuk anda mendapat komisyen. Teori ini cukup popular dan menjadi pilihan ramai
atas dasar 'satu lebih baik dari dua'.
Kedua
Pilih
dan sertai hanya beberapa Program Affiliate terbaik dalam suatu kategori
tertentu dan tumpukan usaha anda di sini. Lakukan kajian detail tentang produk
yang dipromosikan serta tingkatkan usaha pemasaran. Sentiasa fokus pada kategori
yang dipilih ini dan cuba lihat pada produk-produk lain yang berkaitan. Mungkin
ada yang termasuk dalam kategori yang anda pilih dan sesuai untuk dipromosikan
bersama produk yang telah anda promosikan selama ini.
Seperti
biasa, pastinya ada 'pro' dan 'kontra' bagi kedua-dua pendekatan di atas. Jangan
buang masa anda untuk berbahas tentangnya. Yang penting sekarang adalah anda
perlu bermula.
Jika
ditanya mana satu pilihan kami, tentu sekali pendekatan kedua yang kami gunakan
kerana:
-
Ianya mudah bagi kami untuk fokus pada suatu kategori tertentu sahaja
-
Ianya tidak popular dan kurang menjadi pilihan. Namun dari segi peratusan,
ramai yang berjaya dengan pendekatan ini.
-
Ianya terbukti sudah berjaya berbanding pendekatan pertama yang kami amalkan
dulu.
Berbalik kepada apa yang ditulis dalam ebook 'Pelita Affiliate' (harap anda
sudah membacanya dan jika belum, dapatkannya di sini), dua perkara utama yang
saling berkaitan adalah tema dan traffik.
Hanya
selepas anda fokus pada tema yang dipilih, barulah traffik akan
datang kepada produk yang anda tawarkan melalui Program Affiliate dan
kebarangkalian untuk anda menjana pendapatan adalah cukup tinggi.
 |