|
Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1
Malaysia.
Tiga Kemestian Affiliate
Berikut
adalah tiga kemestian yang perlu anda pertimbangkan sebelum menyertai mana-mana
Program Affiliate yang baru:-
Pertama:
Sertai Program Affiliate yang baru hanya jika anda yakin mampu mengekalkan
fokus anda terhadap pertambahan tersebut. Adakah
ianya akan mengalih tumpuan anda terhadap Program Affiliate yang sudah anda
sertai sebelum ini? Atau, adakah Program Affiliate baru ini bersesuaian dengan
program-program lain yang sedang anda promosikan?
Kedua:
Adakah anda mempunyai masa dan teknik yang secukupnya untuk mempromosikan
Program Affiliate baru ini? Tidak kisahlah sejauh mana bagusnya sesuatu program
itu diperkatakan, kejayaan anda dalam program tersebut hanya akan dapat dicapai
jika anda boleh menumpukan usaha anda terhadap langkah memasarkan program
tersebut.
Ketiga:
Adakah dengan menyertai Program Affiliate yang baru akan mengurangkan masa
anda untuk mempromosikan Program Affiliate yang sudah anda sertai sebelum ini?
Jika ya, ini bermakna pendapatan anda dari Program Affiliate yang sudah anda
sertai sebelum ini akan terancam. Kecuali anda yakin Program Affiliate yang baru
itu mampu meberikan pendapatan yang lebih lumayan, maka tiada sebab munasabah
untuk anda sertai program baru tersebut.
Sudah
menjadi lumrah Program Affiliate yang baru akan menawarkan sesuatu yang lebih
memukau dan menarik minat kita untuk menyertainya. Sama ada dengan menawarkan
nilai komisyen yang lebih besar ataupun lain-lain kelebihan, semua ini hanya
akan dapat anda miliki sekiranya anda berjaya mengekalkan fokus dalam program
tersebut.
|