|
Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1
Malaysia.
PANDUAN UNTUK BERMULA
Jadikan 10 langkah di bawah sebagai panduan untuk anda mulakan perniagaan
Internet melalui Program Affiliate. Ingat! Jika anda buntu atau tersangkut di
pertegahan jalan, kembali semula kepada langkah pertama dan bermula sekali lagi.
-
Tetapkan Matlamat
- Seperti
setiap pekerjaan lain yang kita lakukan, matlamat yang ingin dicapai dari
Program Affiliate perlu ditetapkan dengan jelas. Pastikan anda mempunyai target
untuk dicapai dalam suatu tempoh tertentu daripada Program Affiliate yang
disertai.
Contohnya:
“ Saya ingin memperolehi pendapatan RM100 sebulan melalui Program
Affiliate yang disertai”
- Cari
Tema (Niche)
- Ingat,
anda sekarang sedang merancang suatu perniagaan. Jadi pastikan memilih tema yang
mampu meberikan keuntungan kepada anda.Wordtracker pastinya mampu membantu
anda dalam memilih niche yang sesuai manakala SiteBuildIt mampu membantu anda
membangunkan idea tersebut.
-
Pilih Syarikat Affiliate
- Anda boleh
merujuk ke pelbagai directory di Internet untuk mencari Program Affiliate yang
bersesuaian dengan topik yang telah anda pilih. Ingat! Tumpukan pada program
yang menawarkan komisyen tertinggi hasil daripada jualan produk/perkhidmatan
yang bermutu. Untuk ke directory, KLIK DI SINI
- Bina
Website
- Mulakan
usaha membina website berdasarkan topik yang telah anda pilih. Jika membinanya
sendiri, dapatkan panduan dari
James Martell. Jika perlukan pihak lain
membangunkannya untuk anda, saya rekemenkan SiteBuildIt
Yang pastinya kedua contoh ini khas membantu anda menyediakan website
untuk Program Affiliate.
5. Masukkan
Affiliate Link
- Untuk semua
artikel yang anda tulis berkenaan website anda, pastikan anda memasukkan
Affiliate Link dengan ID anda yang betul ke dalamnya. Selain itu, penggunaan
banner yang disediakan oleh syarikat Affiliate anda sertai juga berkesan bagi
menarik perhatian pengunjung website anda.
6. Promosikan Website
- Letakkan
usaha yang paling banyak di peringkat ini. Pastikan ianya berterusan kerana
kejayaan sesuatu Program Affiliate paling banyak bergantung kepada sejauh mana
ketekunan dan kejayaan anda mempromosikan website anda kepada orang lain.
Gunakan segala kaedah promosi yang dinyatakan di dalam ‘e-book’ serta
kaedah-kaedah lain yang anda ketahuit. Penggunaan search engine, e-mail,
newsletter, directory dan link dengan website lain adalah kaedah-kaedah yang
wajib anda lakukan. Ingat! Lakukannya secara professional dan elakkan SPAM.
7. Tambah Informasi Dalam Website
- Sentiasa
mengemaskini website anda dengan menambahkan informasi atau maklumat terkini.
Jangan biarkan website anda ‘kaku’ dengan kandungan yang tak pernah berubah-ubah
sejak sekain lama. Pengunjung akan hanya berkunjung lagi ke website kita jika
ada apa-apa perubahan baru.
8. Luaskan Rangkaian Link
- Cuba
kenali dan mulakan networking anda dengan pemilik-pemilik website yang lain dan
sentiasa mencari website-website baru untuk anda masukkan link ke website anda.
Dengan ini anda akan mampu meluaskan lagi promosi website anda.
9. Bersabar
- Ingat!
Kemunculan website anda adalah hanya salah satu daripada berpuluh ribu website
baru yang muncul setiap hari. Jadi, jangan mudah berputus asa jika website anda
masih belum mendapat jumlah pengunjung yang memuaskan hati dalam 3-4 bulan
pertama. Teruskan usaha anda menambah baik mutu website dan kerja-kerja promosi.
Pastikan anda sentiasa memantau prestasi anda. Sentiasa tanamkan dalam diri anda
bahawa setiap kejayaan itu adalah beralaskan kesabaran.
10. Mulakan Langkah Pertama
- Ini merupakan penentu segalanya kerana jika anda
tidak bermula dengan langkah pertama, tiada apa pun yang akan berlaku untuk
mengubah nasib anda. Tiada gunanya segala teori dan ilmu yang anda pelajari
kerana ianya tak akan memberikan ganjaran kepada anda selagi anda tidak BERMULA!!!
*Nota:
-Jangan terlalu gelojoh untuk bermula. Pastikan anda
betul-betul memahaminya secara mendalam terlebih dahulu. Jika masih kabur,
ulangi membaca maklumat berkaitan sehingga jelas. Jika anda yakin dan berusaha
bersungguh-sungguh......ANDA PASTI BERJAYA!!!
PELUANG TERBAIK!
Jika anda serius ingin menjana pendapatan di Internet, panduan lengkap dari A-Z untuk semua ada di sini. Anda tak mungkin memperolehinya di tempat lain. Sudah diperakui ramai 'guru' Internet sejak bertahun dulu.Bermula sekarang, anda pasti berjaya!
Untuk berjaya,sertai mereka yang telah berjaya.
|