|
Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1
Malaysia.
Rahsia Kejayaan Affiliate
Untuk berjaya dalam sesuatu
kerja atau urusan semestinya memerlukan teknik-teknik tertentu. Begitulah juga
halnya dengan Program Affiliate. Anda perlu menimbangkan teknik-teknik berikut
jika anda ingin berjaya dalam Program Affiliate yang anda sertai.
1. Gunakan pelbagai cara untuk memaparkan link dalam bentuk teks. Sebolehnya,
elakkan penggunaan banner secara rambang.
2. Berikan ‘personal
recommendation’ terhadap produk yang anda cadangkan kerana ini mampu
meningkatkan tahap keyakinan orang terhadap anda dan produk yang anda cadangkan.
3. Tumpukan banyak masa anda
(sebaiknya lebih daripada 75%) kepada usaha pemasaran produk Affiliate anda.
Kunci kejayaan dalam Program Affiliate adalah pemasaran, dan lebih banyak masa
digunakan bagi tujuan tersebut bermakna lebih banyaklah komisyen jualan yang
mungkin anda dapat.
4. Cuba sediakan
perkhidmatan ‘email course’ dan cadangkan produk Affiliate anda dengan
menggunakan link berbentuk teks dalam setiap email yang dihantar. Automasikan
‘email course’ anda dengan penggunaan Autoresponder.
5. Pilih Program Affiliate yang mudah dijual secara online. Contoh terbaik
adalah e-book dan perisian (software). Keduanya boleh dijual secara automatik
dan pelanggan boleh mendapatkan produk-produk ini dengan serta merta selepas
belian dibuat.
6. Tumpukan perhatian kepada Program Affiliate bertingkat dan cuba sedaya upaya
untuk membina rangkaian dowline anda sebanyak mungkin. Percayalah, teknik ini
mampu memberikan pendapatan yang banyak dan berterusan. Saya sendiri sedang
menerima komisyen berterusan melalui teknik ini. KLIK DISINI untuk mengetahui
program yang sedang saya sertai.
7. Tulis artikel anda
sendiri dan hantarkan kepada site yang mengumpul artikel di Internet seperti
ArticleCity.com dan Articles-4-Free.com. Pastikan anda tidak terlupa meletakkan
link untuk produk Affiliate anda di bahagian ‘resource box’. Dengan cara ini,
link Affiliate anda akan tersebar dengan meluas di Internet bersama-sama artikel
anda.
8. Gunakan perkhidmatan iklan dalam e-zine untuk memasarkan produk Affiliate
anda. Iklan menarik dalam e-zine yang popular pasti membawa kepada jualan yang
banyak.
|