Pendapatan tanpa sempadan

Home - Register - Login - Email
TOP 10 Affiliate | Directory | Ebook | Forum | Blog
MENU
Asas Untuk Beginner
Panduan Untuk Bermula
Kelebihan Program Affiliate
Senarai Program Affiliate
BONUS:Google Adsense
TIPS PILIHAN
Fokus Pada Kejayaan
Web Design Affiliate
Rahsia Kejayaan Affiliate
Tiga Kemestian
TOPIK PILIHAN
Domain & Hosing
Search Engine Optimization (SEO)
Autoresponder
LINK PILIHAN
affiliatejaya.blogspot.com
dollar4all.blogspot.com
tuahemas.com
ISTIMEWA
CLICKBANK - Gedung Affiliate Anda!

E-book Percuma!

"Affiliate Untuk Anda: Panduan & Rahsia Sebenar" ditulis sendiri oleh webmaster AFFILIATEJAYA.COM

ARTIKEL PILIHAN MINGGU INI

'Top Earning Affiliate Marketing Dos and Don'ts'

The Best Affiliate E-book!

GoDaddy $1.99 Domains

Selamat Datang!

Anda sekarang sedang melayarai Portal Affiliate No. 1 Malaysia.

Website Design

Jika anda adalah peserta Program Affiliate dan bercadang untuk membina website bagi tujuan promosi, berikut adalah tips yang mungkin boleh membantu anda menukarkan pengunjung website anda menjadi pelanggan kepada produk yang anda cadangkan menerusi Program Affiliate:

1. Permudahkan pengunjung untuk klik:

- Matlamat utama anda sebagai peserta Program Affiliate adalah untuk melihat pengunjung website anda klik pada link yang anda sediakan, seterusnya membeli produk yang anda cadangkan. Jadi, permudahkan mereka klik pada link yang disediakan dengan cara memberitahu mereka di mana harus mereka klik. Sebaiknya, gunakan ‘KLIK DISINI’ untuk setiap link yang anda sediakan.

2. Informasi, informasi dan informasi:

- Informasi adalah apa yang setiap pengunjung website cari. Jadi, sediakan dengan banyak apa yang mereka cari. Penuhkan website anda dengan informasi bermutu kerana ianya amat diminati oleh pengunjung website.

3. Kurangkan grafik, penuhkan informasi:

- Grafik yang banyak akan melambatkan paparan page website anda. Sebagai peserta Program Affiliate, anda inginkan pengunjung yang akan klik pada link yang anda sediakan. Jika masa yang lama diperlukan untuk memaparkan page website anda, maka besarlah kemungkinan pengunjung akan terus meninggalkan website anda dan tiada peluang langsung untuk mereka klik pada link yang anda sediakan dalam website tersebut.

4. Design yang simple:

- Gunakan design website yang simple dan mudah untuk pengunjung menemui link yang anda sediakan. Website yang penuh dengan ciri-ciri design terkini memang menarik, tetapi tidak sesuai untuk anda yang bergelar peserta Program Affiliate.

5. Pilih artikel sesuai:

- Untuk menambah kandungan website anda, gunakan artikel percuma yang banyak boleh didapati di Internet. Pastikan artikel tersebut selari dengan tema website anda dan nyatakan sumber artikel tersebut dengan jelas. Bagi keuntungan anda, sediakan link untuk Program Affiliate yang anda sertai di bahagian bawah artikel tersebut dalam setiap page di mana anda paparkan artikel tersebut.

6. Bina kepercayaan dan keyakinan:

- Pastikan website anda mempunyai page ‘Hubungi Kami’ untuk memudahkan pelawat mengenali dan menghubungi anda. Ini penting untuk menanam kepercayaan dan keyakinan pengunjung terhadap anda. Lebih percaya mereka pada anda, maka lebih tinggi peluang untuk mereka klik pada link yang anda sediakan.

Ini hanyalah sebahagian daripada tips mudah. Pastikan anda sentiasa mencari pelbagai lagi tips terkini untuk mereka bentuk website Program Affiliate anda. Ingat, design website anda perlu fokus kepada usaha untuk mendapatkan pengunjung yang akan klik pada link yang anda sediakan. Design yang baik menjamin pendapatan yang baik melalui Program Affiliate yang anda sertai.

TOP 10 Affiliate | Directory | Ebook | Forum | Blog
Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM Home - Register - Login - Email